Perjalanan Malaysia ke arah kemerdekaan adalah satu babak yang luar biasa dalam sejarahnya, didorong oleh keazaman dan aspirasi rakyatnya. Di bawah pemerintahan kolonial British, sentimen nasionalis mula bertapak pada awal abad ke-20. Tokoh-tokoh berpengaruh seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar muncul sebagai penyokong utama pemerintahan sendiri dan pemeliharaan hak Melayu. Pemimpin-pemimpin ini, bersama-sama dengan yang lain, memainkan peranan penting dalam menggerakkan orang ramai dan memupuk rasa kesedaran kebangsaan.
Penubuhan parti-parti politik, terutamanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), merupakan satu perkembangan yang ketara dalam tempoh ini. Parti politik menyediakan platform untuk penentangan tersusun dan tindakan kolektif, serta cara untuk menyuarakan aspirasi rakyat. UMNO, yang diasaskan pada 1946, menjadi kuasa yang menonjol dalam usaha menuntut kemerdekaan dan memainkan peranan penting dalam berunding dengan pihak berkuasa kolonial British.
Apabila keinginan untuk kemerdekaan semakin kuat, rakyat Malaysia memulakan perjuangan tanpa henti untuk menentukan nasib sendiri dan memelihara identiti budaya mereka. Pelbagai bentuk penentangan, termasuk protes, boikot, dan ketidaktaatan sivil, digunakan untuk menuntut hak mereka dan menuntut autonomi. Kepelbagaian etnik di negara ini, termasuk Melayu, Cina, dan India, bersatu di bawah matlamat bersama untuk mencapai kemerdekaan, mencontohi semangat perpaduan dan keharmonian yang akan membentuk masa depan Malaysia.
TANGGAL 31 OGOS diabadikan setiap tahun sebagai hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara. Namun slogan, laungan kemerdekaan dan cuti umum tidak akan memberi kesan sekiranya orang ramai tidak sedar dan menghargai nilai sebenar kemerdekaan.
Menghargai kemerdekaan bukan sekadar melaungkan perkataan kemerdekaan. Ia adalah penghayatan dan pemahaman tentang erti dan kepentingan mempertahankan kemerdekaan.
Mungkin ramai yang tidak tahu erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan bermakna bukan sahaja bebas daripada belenggu penjajahan, tetapi kebebasan berfikir daripada anasir-anasir luar yang ingin melihat rakyat Malaysia yang berbilang kaum berpecah belah.
Kemerdekaan meningkatkan maruah dan kedaulatan negara dan merupakan sesuatu yang tidak boleh dibeli atau dijual. Rakyat Malaysia yang cintakan negara seharusnya menjaga nama baik negara tidak kira di mana mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan, tetapi juga oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukan sekadar takdir, tetapi hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah dan kedaulatan negara kita. Untuk menanam semangat patriotisme dalam hati kita, walau di mana kita berada, kita hendaklah sentiasa menjaga dan menjaga nama baik Malaysia.
Di penghujung perjuangan kemerdekaan ini, antara perkara terpenting yang boleh dikumpul dan dijadikan tauladan dan dihayati ialah wujud persefahaman antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini menjadi resepi utama perpaduan rakyat Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar demi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1990 hingga 2000
Berikut adalah senarai tema dan logo Hari Kebangsaan dari tahun 1990 sehingga kini:
2000: Keranamu Malaysia

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk “V” yang bermaksud Vision ataupun Wawasan.
1999: Bersatu Ke Alaf Baru

Logo ini menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon “V” melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru pula melambangkan rakyat bersatupadu membentuk wawasan negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.
1998: Negara Kita Tanggungjawab Kita

Logo ini menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan negara.
1997: Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita wawasan negara.
1996: Budaya Penentu Kecapaian

Rekabentuk logo ini mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinarnis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan kerajaan bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama Yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat Yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
1995: Jatidiri Penggerak Wawasan

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukun Negara – warna merah, putih, kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat berbilang kaum, agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia yang telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.
1994: Nilai Murni Jayakan Wawasan

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk ‘hati kecil’ melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk ‘hati besar’ melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
1993: Bersatu Menuju Wawasan

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna merah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas Iagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.
1992: Wawasan Asas Kemajuan

Rekebentuk logo adalah berasaskan huruf ‘W’ dan anak panah. Huruf ‘W’ merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun ‘W’ Yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatu padu dan harmoni Yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah negara maju dimasa depan.
1991: Wawasan 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah Yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.
1990: Berjaya

Konsep tema “BERJAYA” digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan Yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.
