THAILAND – Seorang wanita berasal dari China tular, lebih lebih lagi di media Thailand kerana menaiki bagasi bermotor di jalan raya dan membahayakan dirinya dan juga pemandu lain.

@negaranews

HIBURAN – Seorang wanita berasal dari China tular, lebih lebih lagi di media Thailand kerana menaiki bagasi bermotor di jalan raya dan membahayakan dirinya dan juga pemandu lain. SUMBER : SOCIAL HUNTER (FACEBOOK) Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #thailand #china #viral #fyp #malaysia negaranews

♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf

Seperti yang kita tahu, teknologi saban tahun telah meningkat kemajuannya dari pelbagai aspek dan salah satu daripadanya adalah kemunculan bagasi jenis yang bermotor.

Bagasi merupakan kegunaan harian ataupun digunakan waktu percutian untuk mengisi barang-barang keperluan, akan tetapi pada masa kini pelbagai penambahbaikan dan inovasi telahpun tercipta dan mereka berjaya menghasilkan bagasi yang ada kegunaan lain, iaitu bagasi bermotor.

Bagasi bermotor sebegini memudahkan pergerakan di kawasan lapangan terbang, jadi kita tidak perlu letih berjalan jauh ke pintu pelepasan. Ia sangat berguna apabila digunakan pada tempat yang sepatutnya.

Namun, ada satu kejadian yang luar biasa di mana seorang wanita menggunakan bagasi bermotor tersebut di atas jalan raya di Thailand. Video insiden tersebut mula dikongsi oleh akaun Facebook Social Hunter 2022.

Menurut laporan dari media Thailand, wanita itu menaiki bagasi bermotor tersebut di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang baru-baru ini. Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menarik sebuah lagi bagasi menggunakan bagasi bermotor itu.

Pihak polis trafik Thailand mengesahkan bahawa wanita tersebut adalah seorang pelancong dari China yang kini sudah meninggalkan Thailand. Tindakan wanita itu mendapat kecaman ramai kerana bukan sahaja membahayakan dirinya, tetapi juga pengguna jalan raya lain.

Wanita tersebut juga dilihat menggunakan telefon pintar ketika menunggang bagasi bermotor itu dan tidak memakai sebarang peralatan keselamatan seperti topi keledar. Menurut media disana, penggunaan bagasi bermotor di jalan raya adalah menyalahi undang-undang di Thailand.

Bagasi bermotor itu tidak salah malah ia berguna ! Cumanya guna lah di tempat yang betul.

SUMBER : LOBAK MERAH, SOCIAL HUNTER