GAZA, PALESTIN – Israel yang berterusan membedil kawasan semenanjung Gaza menyebabkan jumlah mangsa semakin bertambah saban hari dan rata-rata lebih 10,328 angka kematian yang direkodkan semenjak serangan berat Israel yang bermula pada 7 Oktober 2023.
, Ashraf al-Qudra yang merupakan Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin yang berpangkalan di Gaza menyatakan statistik direkodkan yang terbunuh ialah 4,237 mewakili kanak-kanak dan 2,719 pula direkodkan sebagai wanita.
Kekejaman Israel semakin bertambah apabila kematian warga Palestin yang tidak berdosa semakin meningkat dari hari ke hari dan direkodkan lebih 25,956 yang lain direkodkan cedera akibat serangan berterusan tersebut.
Jurucakap itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk melindungi kemudahan kesihatan dan ambulans daripada serangan Israel.
Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu.
Kita diperlihatkan sering kali pihak tentera Israel dan Perdana Menteri negara haram tersebut, Benjamin Netanyahu memberitahu tujuan mereka menyerang untuk membunuh Hamas, sedangkan tiada pun Hamas berlindung di tempat tempat awam seperti hospital, sekolah dan masjid yang mengikut logik akal tempat tersebut merupakan tempat orang awam beristirehat dan pulih.
Penipuan negara haram Israel semakin berleluasa dan mereka telah melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa dan timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata dalam sebuah artikel bertarikh 8 Oktober 2023.
“Ini bukan peperangan antara (agama) Yahudi dan Islam, bukan peperangan antara Israel dan Hamas tetapi ini penghapusan bangsa.
“Kepada negara-negara Barat, bukalah mata anda, ini adalah pembunuhan besar-besaran, satu kemusnahan (holocaust), kamu tahu apa sebenarnya yang berlaku, kamu tahu Israel melanggar undang-undang antarabangsa,” ujar beliau.
Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan negara haram Israel.
SUMBER : BERITA HARIAN, UTUSAN
