Malaysia merupakan negara yang tidak asing lagi menjadi salah satu negara yang pernah terkesan dengan fenomena jerebu pada masa dahulu.
Pada pukul 8 pagi sebentar tadi, Air Poluttion Index Management System (APIMS) mendapat kesan bahawa Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU yang agak teruk seperti di Seremban yang mempunyai bacaan IPU sebanyak 158, diikuti dengan Port Dickson dengan 156.
Tempat-tempat lain yang turut terkesan dengan bacaan IPU tinggi ialah, Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan 153, Alor Gajah dengan bacaan 136, Taiping di Perak sebanyak 129 dan Tangkak di Johor sebanyak 107.
Selain itu, ditambah pula dengan bacaan malam semalam yang turut menampakkan kawasan-kawasan di semenanjung Malaysia yang terkesan seperti Shah Alam yang menunjukkan bacaan tertinggi dengan IPU 158, diikuti Putrajaya dan Banting yang masing-masing merekodkan bacaan sebanyak 157, Batu Muda sebanyak 154, diakhiri dengan Klang dan Johan Setia yang sama-sama mempunyai bacaan yang agak tinggi iaitu 153.
Bacaan IPU ni dikategorikan dari 0-50 merupakan bacaan yang baik, 51-100 menandakan bacaan yang sederhana , diikuti dengan 101-200 yang menunjukkan bacaan yang berpotensi menjadi tidak sihat.
Setakat ini, bacaan di semenanjung Malaysia merekodkan bacaan sederhana dan tidak sihat sahaja.
MENCARI PUNCA KEMEROSOTAN KUALITI UDARA DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Terjadinya kemerosotan kualiti udara di kawasan-kawasan ini kerana berdasarkan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada minggu lepas, mereka menyatakan bahawa keadaan cuaca kering yang berpanjangan menjadi lebih meluas di seluruh kawasan negara ASEAN selatan.
Perkara tersebut menyumbang kepada peningkatan bilangan titik panas sebanyak 353 dikesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia sekaligus mungkin dijangka akan menyebabkan jerebu di kawasan selatan negara ASEAN.
Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, juga berkata menurut artikel BeritaHarian, “trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, dan ia dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula semalam.”, merujuk kepada permulaan bacaan IPU yang rendah sejak dari 30 September yang lalu.
