Maulidur Rasul merupakan sambutan bagi umat Islam untuk memperingatkan hari Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di muka bumi dan telah menjadi satu cuti umum di Malaysia sejak dari dulu lagi.
Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja bertujuan untuk memperingat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, tetapi ia juga merupakan disambut untuk mengingatkan umat islam tentang kehidupan, perjuangan Nabi Muhammad S.A.W suatu ketika dahulu demi menegakkan islam sebagai agama yang sahih.
Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia tidak dijalankan secara besar-besaran selama 3 tahun dan pada tahun ini dan ia dikembalikan sebagai sambutan Peringkat Kebangsaan pada 12 Rabiulawal 1445H bersamaan 28 September 2023. dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 30 pagi.
Sambutan tersebut dijalankan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 10 pagi dan ia dipenuhi dengan pelbagai pembarisan dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Perarakan tersebut disertai oleh lebih 3,700 peserta dari pelbagai benua dan mereka berarak sepanjang 1.1 kilometer dari Jambatan Seri Gemilang yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan jemaah menteri.
Masih bertemakan “Perpaduan Teras, Malaysia MADANI”, sambutan ini dianggap sebagai satu inisiatif untuk umat Islam di Malaysia menunjukkan keistimewaan dan kepelbagaian sambutan di Malaysia sebagai satu negara yang harmoni meskipun berbilang kaum.
