SEMENANJUNG GAZA – Seorang pekerja dari Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas di Semenanjung Gaza mengatakan bahawa “setidaknya 50 orang” terkorban semalam ketika pasukan tentera IDF Israel menyerang sebuah sekolah milik Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan terjadi di sekolah Al-Fakhura di kamp pengungsian Jabalia di utara Semenanjung Gaza “pada waktu subuh,” kata pekerja tersebut dalam satu kenyataan.

Meskipun video di media sosial yang tidak dapat dikonfirmasi oleh pihak media, namun ia menunjukkan mayat dan debu di lantai sebuah bangunan, di mana ada tilam yang tergantung di bawah meja sekolah.

Tentara negara haram Israel tidak dapat memberi maklum balas atas permintaan untuk memberikan sebarang komen, dan Badan Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) juga tidak dapat memberikan tanggapan segera.

Jabalia adalah kem pengungsian terbesar di Gaza, tempat sekitar 1,6 juta orang kehilangan tempat tinggal mereka akibat pertempuran antara Israel dan Hamas yang berlangsung lebih dari enam minggu.

Pada awal November, pemerintahan Hamas mengatakan bahawa lebih dari 200 orang tewas dan ratusan lainnya terluka dalam serangan udara Israel terhadap kamp Jabalia selama tiga hari berturut-turut.

Sebagai tanggapan atas serangan Hamas pada 7 Oktober, yang menurut pejabat Israel menewaskan sekitar 1.200 orang, sebahagian besar warga di kawasan selatan Israel, dan menyebabkan sekitar 240 orang ditahan sebagai tawanan, Israel bersumpah untuk menghancurkan Hamas.

Namun, tiada hasil yang mereka dapat dari menyerang hospital dan masjid atas dasar “Hamas”. Ramai nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban.

Baru-baru ini juga tular video tentera Israel yang mendakwa terjumpa jadual operasi Hamas namun video tersebut dapat diterangkan oleh pelbagai pihak dan akhirnya terkantoi bahawa yang didakwa jadual tersebut hanya lah kalendar yang ditulis dalam bahasa arab.

https://www.tiktok.com/@alhijrahonline/video/7301593730845363464
Video bertarikh 15/11/2023 – Sumber : AlHijrah

Tambahan pula, menurut pemerintahan Hamas yang berkuasa di Gaza sejak 2007, serangan udara dan darat tanpa henti sejak itu telah menewaskan 12,000 orang, termasuk 5,000 kanak-anak.

SUMBER : BERITA HARIAN