KUALA LUMPUR – Berhubung isu bualan lucah yang tular beberapa hari yang lalu diantara Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Kadir Jilani, Agus akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut berkenaan isu ini.
Tan Sri Razarudin Husain yang merupakan Ketua Polis Negara mengesahkan proses rakam keterangan ke atas Agus dijadualkan pada jam 2 petang ini di IPD Kajang.
Video perbualan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)) tersebut dan pembantu pegawai JKOM bernama Abdul Wahab tular dua hari yang lalu, menunjukkan mereka berdua sedang berbual atas talian dan berbual lucah sesama mereka.
Di sidang media khas dua hari yang lepas, Agus menafikan dakwaan bualan lucah tersebut dan menyatakan video tersebut telah disunting dengan bertujuan menjatuhkan reputasi beliau.
Seorang lagi individu yakni Abdul Wahab mengaku perbuatan dia yang merakam video perbualan atas talian mereka namun mendakwa video rakaman tersebut telah diubah suai oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Mengikut kenyataan awal Wahab, video asal perbualan antara mereka tiada sebarang bunyi dan disunting supaya menampakkan mereka berbual berbaur lucah.
Berikutan keterangan lanjut yang akan dijalankan petang ini, proses berkenaan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Selain daripada mereka berdua, akan dipanggil beberapa individu lain untuk membantu untuk dirakam keterangan mereka atas isu ini.
SUMBER : BERITA HARIAN 1, BERITA HARIAN 2

