Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 sekaligus menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas yang bertempat di Hotel Casuarina, semalam.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyerahan kad media kepada Perdana Menteri itu sebagai tanda menghargai usaha Anwar dalam mengangkat martabat kebebasan media di Malaysia.
Sesi penyerahan di reruai Jabatan Penerangan itu dihadiri olej Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Roslan Ariffin.
Kad Perakuan Media ialah satu dokumen pengenalan diri. Dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media yang telah didaftarkan dan diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk satu tempoh yang ditetapkan.
Purata tahunan pengeluaran bagi setiap permohonan baharu dan memperbaharui Kad Perakuan Media oleh pengamal media di Malaysia adalah sebanyak kira-kira 3,000 keping setahun.
Terdapat lima kategori warna kad iaitu warna hijau mewakil media rasmi kerajaan, warna biru mewakili media tempatan (cetak dan elektronik), warna kelabu mewakili media digital, warna merah mewakili media antarabangsa dan warna emas kepada pegawai penyelaras media.
– BERNAMA
