Juara Liga-Liga Juara Eropah, Piala Fa Inggeris dan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu iaitu Manchester City akhirnya tumbang apabila dikalahkan oleh Arsenal dengan skor 1-0 pada perlawanan hari ahad yang lalu.

Ini merekodkan kekalahan kedua berturut-turut, dan kali terakhir mereka kalah berturut-turut dalam liga adalah pada tahun 2018.

Gol pertama dalam liga untuk Gabriel Martinelli pada minit ke-86 cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat skuad bimbingan Mikel Arteta tersebut.

Pemain sayap kiri dari Brazil tersebut baru sahaja pulih dari kecederaan sewaktu menentang Everton pada tempoh hari dan beliau turut menyatakan kemenangan ini akan membantu skuad mereka untuk lebih konfiden.

“Ia memberi lebih konfiden. Kami tahu potensi kami dan kami tahu betapa susahnya untuk berlawan menentang Manchester City. Tapi, hari ini kami kalahkan mereka dan ia akan memberi lebih konfiden untuk kami bergerak kehadapan.” ujar beliau sewaktu temu ramah ringkas bersama media Sky Sports.

Kali terakhir Arsenal menang menentang Manchester City adalah pada 8 tahun yang lalu, sekaligus memberikan semangat yang kuat kepada mereka untuk bersaing merebut piala Liga Perdana Inggeris pada tahun ini.

Arsenal terus kuat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di tangga kedua liga dengan jumlah 6 kemenangan dan diikuti dengan 2 seri, sama mata dengan pesaing mereka dari utara London, Tottenham Hotspurs yang berada di atas mereka.