eMADANI

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat satu hantaran di media sosial rasmi Kementerian Kewangan di Facebook merujuk isu tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan “peer-to-peer” kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di pelbagai platform.(LIHAT DI SINI)

  • eMADANI

Menurut kenyataanya di atas, MOF menyatakan bahawa ia adalah untuk mengelakkan penerima manfaat inisiatif eMADANI daripada menjadi mangsa “scam” yang sering berlaku apabila bantuan dari kerajaan diusulkan.

Mereka menasihati untuk rakyat lebih lebih lagi penerima eMADANI lebih peka dan waspada terhadap “scammer” yang sering menjadikan inisiatif kerajaan sebagai rancangan mereka untuk menipu rakyat biasa.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai”

“Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan rasmi siaran media, hari ini.

  • eMADANI

‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, Inisiatif eMADANI memperkasa ekonomi digital

MOF berkata, program eMADANI dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dan mereka sudah menyatakan bahawa kredit eMADANI tidak boleh digunakan pemindahan “peer-to-peer” dan penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terbabit iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

“Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40,” katanya.

  • eMADANI

Menurut dari inforgrafik diatas, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.

Untuk mengetahui informasi lanjut boleh merujuk di laman web rasmi berkenaan bantuan eMADANI disini. https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI

SUMBER : BERITA HARIAN, SOYACINCAU