KUALA LUMPUR – Dua hari yang lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat beliau untuk meninjau sendiri situasi banjir yang melanda Kelantan sejak beberapa minggu yang lalu.
Perkara itu dikongsi Anwar menerusi hantaran di Facebook susulan pertemuannya bersama Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Phuket, Thailand dua hari yang lepas.
“Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan hari ini memaklumkan, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 17,466 orang daripada 5,510 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 15,994 mangsa daripada 4,967 daripada keluarga yang direkodkan malam 27 Disember 2023. . – LIHAT DISINI
Kesemua mangsa di lapan jajahan iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu itu berlindung di 89 PPS.
Sementara itu, Anwar berkata dalam pertemuannya secara santai bersama Srettha, mereka berdua turut menyentuh beberapa perkara penting antaranya melibatkan soal pelancongan Malaysia dan Thailand.
“PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand.
Selain itu, kami berdua turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang,” katanya. – LIHAT DISINI
KETIBAAN PM ANWAR DI KELANTAN UNTUK PENINJAUAN
KOTA BHARU – Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan untuk meninjau sendiri situasi banjir negeri.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, di sini pada pukul 12.08 tengah hari.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. Hadir sama Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus.
Dalam tinjauan di Pasir Mas hari ini, Perdana Menteri dijadualkan melawat Jambatan Lubok Jong serta dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Repek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati di Kampung Banggol Manok.
Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Khamis melaporkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada pukul 8 semalam.
Beberapa projek baharu turut Anwar umumkan dalam lawatan saya ke Pasir Mas sebagai langkah mengatasi masalah banjir. LIHAT DI SINI


