KUALA LUMPUR – Kerjasama antara semua jentera Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri amatlah dituntut dalam menghadapi musibah banjir (di kawasan-kawasan kerap banjir) termasuk di Kelantan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melawat kawasan banjir di Kelantan pada Khamis.
“Alhamdulillah, kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadiakn proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook malam tadi.
Perdana Menteri berkata, beberapa projek baharu turut diumumkan dalam lawatannya ke Pasir Mas pada Khamis sebagai langkah mengatasi masalah banjir iaitu meluluskan pembinaan benteng sementara bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.
Selain itu, Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 serta proses perolehan bagi lima projek baharu di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang dikatakan akan bermula pada tahun hadapan.

“Moga segala (yang) dirancang ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir yang berlaku,” tambahnya lagi.
Sumber: BERNAMA, Facebook PMX








Comments are closed.