MELBOURNE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan syarikat-syarikat terkemuka di Australia menunjukkan minat mereka untuk melabur dan kembangkan pelaburan sedia ada yang berjumlah hampir RM25 Bilion iaitu RM24.5 bilion di Malaysia.
Anwar turut berkata hasrat tersebut telah dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan hampir 20 syarikat Australia di Melbourne pada hari Selasa, semalam. BACA DISINI
Anwar yang kini sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Australia yang memasuki hari kedua hari ini.
Beliau turut mengatakan antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut ialah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk bernilai sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.
“Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion manakala syarikat lain yang juga akan membawa potensi pelaburan tersebut adalah Fortescue, Macquarie Group dan Arnott’s Group.”
“Ini satu kemajuan yang membanggakan serta menunjukkan minat Australia dan keyakinan mereka terhadap dasar yang telah kita umumkan selama ini,” ujar Anwar dalam sidang media bersama beberap media Malaysia, semalam.
Berdasarkan kenyataan tersebut, beliau berkata pelaburan oleh Australia akan memberikan lebih banyak peluang sehingga 1,200 tenaga mahir di Malaysia.
Anwar berkata jumlah potensi pelaburan yang akan memasuki Malaysia juga melebihi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Dari perspektif perdagangan pula, beliau berkata potensi jualan eksport Malaysia ke Australia bernilai lebih RM 900 juta melibatkan produk seperti urea, kayu, makanan dan komponen elektrik yang dijangka diraih sempena lawatan tersebut.
Beliau berkata usaha kerajaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pelabur dan Ahli Perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia.
SUMBER : BERNAMA
