https://www.astroawani.com/berita-dunia/netanyahu-setuju-sekat-akses-penduduk-palestin-ke-alaqsa-sepanjang-ramadan-laporan-458831

ANKARA – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa Israel akan berhadapan dengan akibat yang buruk sekiranya mereka melarang umat Islam Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan yang akan datang.

Erdogan berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ankara.

Israel Berdepan Akibatnya Jika Larang Masuk Masjid Al-Aqsa - Erdogan

“Dalam konteks bulan Ramadan yang semakin hampir, kami menyampaikan mesej kami ke tempat-tempat yang diperlukan mengenai keperluan untuk mencegah provokasi.

“Tuntutan ahli politik Israel yang radikal untuk menyekat kemasukan orang Islam ke Masjid Al-Aqsa adalah mengarut, langkah sudah pasti akan membawa akibat yang teruk,” katanya.

Israel Berdepan Akibatnya Jika Larang Masuk Masjid Al-Aqsa - Erdogan
Sumber Berita: Astro Awani

Pejabat Perdana Menteri Israel mengeluarkan kenyataan akan membenarkan jumlah jemaah yang sama memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis pada minggu pertama Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Keputusan itu dipersetujui dengan pegawai tertinggi keselamatan Israel semasa mesyuarat mengenai persiapan menjelang bulan puasa umat Islam tanpa memberikan jumlah tertentu.

Sumber: Astro Awani