ringgit

MELBOURNE – Penurunan nilai mata wang Ringgit tidak dianggap sebagai isu yang merisaukan pelabur Australia, dan mereka masih tetap berminat untuk melabur di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam semua perbincangan dengan pemimpin perniagaan dan eksekutif kanan syarikat Australia semasa lawatan rasmi ke negara itu, mereka lebih tertarik untuk memahami aspek-aspek asas ekonomi seperti pasaran saham dan inflasi, tanpa memberi perhatian khusus kepada prestasi penyusutan Ringgit.

Untuk info tambahan, semalam hampir RM25 bilion jumlah pelaburan yang ingin dilaburkan oleh syarikat Australia kepada Malaysia. – BACA DISINI

Meskipun turunnya nilai Ringgit diakui sebagai faktor yang menjadi kebimbangan, ia tidak menggugat keyakinan pelabur.

Perdana Menteri menjawab soalan mengenai prestasi Ringgit semasa pertemuan dengan diaspora Malaysia dengan menyatakan bahawa walaupun terdapat penurunan nilai, kepercayaan pelabur tetap utuh.

  • ringgit
  • ringgit
  • ringgit
  • ringgit
  • ringgit

“Jika tidak, kita tidak menerima pelaburan RM24.5 bilion dari Australia… (isu) ringgit langsung tidak mengganggu,” katanya merujuk komitmen pelaburan syarikat Australia.

PELABURAN TAHUN LEPAS TERTINGGI DALAM SEJARAH DAN MEMPERKUKUHKAN NILAI RINGGIT ?

Anwar juga menekankan bahawa jumlah pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada tahun lepas merupakan yang tertinggi dalam sejarah. Oleh itu, pencapaian ini tidak akan dapat tercapai tanpa keyakinan yang kukuh dari pihak pelabur.

Beliau menyatakan bahawa tindakan-tindakan sementara telah diambil untuk mengukuhkan nilai Ringgit, termasuk melalui perdagangan Malaysia dengan China. Kira-kira 25 peratus daripada dagangan tersebut dilakukan dalam mata wang tempatan, memberikan sumbangan positif kepada ketahanan Ringgit.

“Jika kita boleh kembangkan lagi perdagangan dalam mata wang tempatan, ia akan membantu. Saya percaya dengan angka-angka pelaburan sebegini, ringgit akan menguat,” ujar Anwar.

KEBENARAN MENIMBA PENGALAMAN KERJA DI AUSTRALIA KEPADA PENUNTUT TAJAAN PERKHIDMATAN AWAM ?

Kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang pelajar Malaysia di Australia, Perdana Menteri berkata, kebenaran akan diberikan kepada penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah menamatkan pengajian untuk menimba pengalaman kerja di negara itu.

Anwar berkata kebenaran itu boleh diberikan kerana beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan.

“Kita izinkan kalau ada peluang dan kesempatan untuk menimba pengalaman di Australia,” tambahnya lagi.

Beliau juga menggalakkan pelajar Malaysia di Australia untuk berbincang dengan penaja-penaja mereka untuk mendapatkan persetujuan bagi tujuan tersebut.

“TINGGALKAN BUDAYA LAMA,

DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK”

Dalam ucapannya, Anwar juga menyatakan bahawa Malaysia perlu bersedia untuk melakukan perubahan dengan meninggalkan budaya lama, demi membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik.

Beliau menekankan bahawa perubahan ini tidak hanya menjadi tanggungjawab kerajaan dan Jemaah Menteri, tetapi juga melibatkan peranan serta sokongan rakyat.

Beliau menyatakan bahawa fokus perubahan termasuklah pembetulan tatakelola, tadbir urus yang baik, memerangi rasuah dan penyelewengan, sambil melaksanakan dasar yang jelas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang kukuh dan cemerlang.

“Jika perlu (laksana) transisi tenaga… kita buat. Kalau perlu transformasi digital, perubahan dari segi teknologi pertanian (kita buat),” katanya.

Anwar juga berkata, dalam tempoh setahun tiga bulan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, belum muncul satu kes pun yang menyaksikan “Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang berkuasa” cuba merompak kekayaan negara kerana ketegasan kerajaan dalam perkara berkenaan. 

SUMBER : BERNAMA