JEPUN – Penyerang muda dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin, membuat penampilan pertama bersama YSCC Yokohoma di Jepun apabila diturunkan selama 13 minit di aksi Piala Levain, semalam.
Penyerang yang dipinjamkan dari kelab liga Belgium, KV Kortrijk itu telah diberi minit permainan menentang Mito Hollyhock dalam saingan pusingan pertama Piala Levain.
Dalam perlawanan tersebut, YSCC Yokohama melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Koki Matsumura pada minit ke-67.
Walaupun YSCC Yokohama beraksi dengan 10 pemain, selepeas Yutaro Yanagi dilayangkan kad merah, namun mereka berjaya mengekalkan kelebihan satu gol sehingga tamat perlawanan.
Luqman Hakim yang baru sahaja memasuki usia 22 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada 5 Mac pada tempoh hari, menyatakan sebelum berpindah ke Jepun yang beliau ingin menukar “angin” ke bumi Jepun selepas sukar untuk mendapat minit permainan di Kelab Belgium terdahulunya.
Sebelum ini, beliau juga pernah dipinjamkan ke kelab UMF Njardvík dalam Liga kedua Iceland untuk mendapatkan minit permainan, pengalaman dan kini dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti permainan.
SUMBER : ASTRO AWANI
