Paderi

SYDNEY – Telah tular video siaran langsung di mana paderi ditikam oleh pengganas, termasuk empat orang lain cedera dalam insiden yang mengejutkan di gereja itu.

Paderi yang dikenali sebagai Mar Mari Emmanuel dari Gereja Assyrian Christ The Good Shepherd dan mangsa-mangsa yang lain dilaporkan stabil dan sudah dimasukkan dalam hospital menerusi hantaran di Facebook oleh gereja tersebut.

Paderi Mar Mari Emmanuel berkata dalam hantaran terbaru di media sosial gerejanya yang beliau inginkan orang hormat ruang dan masa privasi untuk dirinya dan meminta untuk orang yang tidak berkaitan mengosongkan kawasan hospital.

Menurut Polis New South Wales dalam kemas kini di platform X, pihaknya menerima panggilan dari gereja mereka di pinggir barat Sydney pada 7.10 malam waktu tempatan berhubung kejadian.

Dalam rakaman yang tular itu, paderi itu sedang melakukan sesi ucapan dan secara tiba-tiba ada seorang lekaki berpakaian serba gelap datang kepada paderi tersebut dan terus mencuba untuk menikam berkali-kali sehinggakan paderi itu jatuh.

SUMBER : MEDIA SOSIAL

Menurut laporan media, penyerang yang mencuba untuk menikam itu berumur 16 tahun meluru masuk ke dalam gereja tersebut kearah paderi yang sedang membaca ucapan.

Pemimpin gereja berkenaan dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantu sebelum siaran langsung itu terputus.

Dalam masa yang sama, insiden itu terjadi kebetulan selepas berlakunya tiga serangan ganas bersenjatakan pisau yang meragut enam nyawa di pusat beli-belah Westfield Bondi Junction.

Berikutan insiden di gereja tadi, ia mencetuskan pertempuran antara orang ramai dan polis di luar kawasan rumah ibadat berkenaan.

Polis memberkas seorang remaja lelaki di tempat kejadian dan menahannya di dalam gereja demi keselamatannya sendiri selepas orang ramai berkumpul di luar dan menggesa penyerang itu dibawa keluar.” – ujar Pesuruhjaya Polis New South Wales, Karen Webb

Karen percaya disebalik serangan itu terdapat unsur ekstremisme bermotifkan agama dan Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns menasihati komuniti Kristian dan Islam supaya bertindak dengan baik dan menunjukkan kekuatan komuniti tersebut dengan bersatu hati.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan isu antarabangsa, klik DI SINI

SUMBER : BERITA HARIAN , NBC NEWS , FACEBOOK