KUALA LUMPUR, 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa susulan peranannya sebagai perantara dalam usaha rundingan damai serantau.
Selepas Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman turut memuji kepimpinan beliau yang dilihat berjaya membawa pihak-pihak berkepentingan ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian konflik yang berpanjangan.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia menyebut, sokongan negara-negara Eropah itu mencerminkan keyakinan terhadap pendekatan diplomasi Malaysia yang menekankan dialog dan penyelesaian aman.
“Malaysia komited untuk memainkan peranan aktif sebagai rakan serantau yang bertanggungjawab dan menjunjung prinsip keamanan,” kata kenyataan itu.
Difahamkan, beberapa siri perbincangan susulan dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat bagi memperkukuh usaha gencatan senjata dan pembangunan pasca-konflik.
