aliff syukri

KUALA LUMPUR – Seperti yang biasa kita lihat, Aliff Syukri setiap tahun akan mengeluarkan lagu raya yang selalu menimbulkan kontroversi dengan pakaian, tarian dan lain-lain.

Dilihat tahun ini Aliff Syukri sekali lagi tidak belajar dari kesilapan dan meneruskan “tradisi” dia pada tahun ini dengan tular video rakaman “behind the scene”.

@majoritiofficial

Terkedu tengok klip ni… majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia aliffsyukri artismalaysia laguraya fahmifadzil loveraya

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official
SUMBER : MAJORITIOFFICIAL

Video rakaman “behind the scene” yang asal sudah dibuang oleh Aliff Syukri sendiri kerana sudah tiada di semua platform miliknya.

Netizen bersependapat bahawa tindakan Aliff Syukri mengeluarkan video tersebut di bulan Ramadan disifatkan tidak menghormati 10 malam terakhir Ramadan.

Tambahan pula, berdasarkan video yang dikeluarkan oleh @majoritiofficial di Tiktok, netizen menggesa Menteri Komunikasi dan Media, Fahmi Fadzil mengenakan tindakan terhadap Aliff Syukri yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan : DISINI

PERMOHONAN MAAF ALIFF SYUKRI ?

“Kepada mak saya, kepada semua masyarakat netizen yang tengok video saya…..saya minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki”

“Saya memang kecik hati….saya dah buat susah-susah, dah bayar puluhan ribu…you all tak tengok lagi video tu, dah kecam”

“Banyak lagi orang lain buat video pelik-pelik, tapi tidak menjadi isu” – ujar Aliff Syukri

Permohonan maaf olehnya ditujukan kepada ibunya dan juga netizen yang dilihat tidak berpuas hati dengan perangainya.

Namun, Aliff juga meluahkan rasa kecil hati kerana sudah banyak berkorban masa dan duit untuk video tersebut dan netizen mengecam tanpa melihat cerita secara penuh.

SUMBER : THEREPORTER, ALIFFSYUKRI