reezal merican tidak akan keluar dari kepala batas

“TERIMA KASIH KEPALA BATAS”

Rakyat di Kepala Batas telah pun menjalankan hak demokrasi dalam memilih wakil rakyat mereka. Kerusi yang diyakini BN selamat itu berjaya dirampas calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas, Siti Mastura, di Parlimen Kepala Batas pada keputusan PRU15.

Dato’ Sri Reezal Merican menerima keputusan dengan berlapang dada, PRU-15 yang tidak memihak kepada Barisan Nasional di Kepala Batas.

Terima kasih juga kepada para pengundi atas sokongan dan peluang kepada saya untuk berkhidmat mewakili Kepala Batas dalam dua penggal sebelum ini. Insya Allah, khidmat saya dan pasukan untuk Kepala Batas tidak akan terhenti hanya dengan keputusan PRU15 ini. Saya juga akan terus mengkhidmati Kepala Batas dalam kapasiti saya yang baharu kerana inilah jiwa saya Demi Kepala Batas.

Sementara itu, Reezal Merican iaitu bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengucapkan terima kasih atas sokongan pengundi dan peluang untuk berkhidmat sebagai wakil Kepala Batas pada dua peringkat sebelum ini.

“Insya-Allah, khidmat saya dan pasukan saya untuk Kepala Batas tidak akan berakhir dengan keputusan PRU15 ini.”

“Saya juga akan terus`mengkhidmati’ Kepala Batas dalam peranan baharu saya kerana ini adalah jiwa saya demi Kepala Batas,” katanya

DSRM juga mengucapkan tahniah kepada YB Dr Mastura atas kemenangan di Parlimen Kepala Batas.

Beliau sangat yakin YB Dr Mastura dapat menggalas tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen dengan baik serta dapat meneruskan agenda-agenda rakyat yang telah diusahakan sepanjang saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen.

Kekalahan Reezal Merican juga mengakibatkan BN kehilangan kerusi parlimen Kepala Batas buat kali pertama dalam tempoh 48 tahun, sejak kawasan itu ditubuhkan pada 1974.

Rakyat Kepala Batas tidak sangka, terkejut dan sedih dengan keputusan PRU ke-15 atas kekalahan Dato’ Sri Reezal Merican kerana beliau seorang pemimpin yang berkaliber, antara yang rajin turun padang dan sangat berdidikasi atas tugas dalam menjaga rakyat Kepala Batas.

Semoga DSRM kembali lebih kuat daripada sebelum ini untuk terus berjuang di bumi Kepala Batas.