SHAH ALAM – Selaras sub mesingun, 15 pucuk pistol, 900 peluru serta dadah bernilai hampir RM118 juta dirampas selepas polis menahan 12 individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dengan sindiket memproses dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya menahan 10 lelaki warga Taiwan, seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Thailand berusia 20 hingga 50 tahun ditahan secara berasingan sekitar Lembah Klang, pada Khamis.
Sumber Sinar Harian
