Pagi semalam, DSRM telah menghadiri Program Khatam Al-Quran di Padang Awam, Lorong Shahbandar 45, Bertam Perdana.
Tahniah kepada semua anak-anak yang telah berjaya khatam Al-Quran. Satu pencapaian yang cukup hebat. Beliau doakan agar anak-anak sekalian membesar dan mendewasakan diri dengan jiwa yang sentiasa dekat dan cinta pada Al-Quran. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya.




Tujuan program ini diadakan sempena Program Komuniti Sejahtera Aspirasi Bersama yang dianjur bersama Kelab Sukan & Rekreasi Ar-Raudhah, Taman Pendidikan Al-Quran Zon Utara dan Majlis Belia Daerah SPU.
Pengisian-pengisian rohani khususnya di hujung minggu seperti ini mampu untuk menyemai penghayatan Islam dalam komuniti dan juga mengiratkan silaturrahim dalam kejiranan itu sendiri.
Insya-Allah akan usahakan bersama untuk membawa lebih banyak program seperti ini yang boleh diadakan di setiap taman-taman dan kejiranan di Kepala Batas.
