KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji bagi penjawat awam mencerminkan keadaan ekonomi negara yang stabil, meskipun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi. Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM10 bilion untuk gaji kakitangan kerajaan, menjadikannya peningkatan terbesar dalam sejarah negara.

Fahmi Fadzil, jurucakap kerajaan yang juga merupakan Menteri Komunikasi, menyatakan bahawa sebanyak 692,828 kakitangan dalam kumpulan pelaksana yang terdiri daripada pegawai Gred 40 dan ke bawah akan menikmati kenaikan pendapatan sehingga 42.7 peratus.

Perincian lengkap mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan.

Pada sambutan Hari Pekerja yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13 peratus bermula Disember. Kenaikan gaji kali terakhir diumumkan pada tahun 2013, juga sekitar 13 peratus.

Klik disini untuk membaca petikan ucapan Perdana Menteri sempena Hari Pekerja.

Langkah ini dilihat sebagai usaha positif untuk meningkatkan ekonomi penjawat awam secara keseluruhan, di samping memperbaiki kualiti hidup mereka.

Kenaikan gaji ini juga dapat memperkasa dan meningkatkan daya saing, motivasi, serta produktiviti dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.

Tambahan pula, kenaikan ini turut membantu mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh penjawat awam, terutama dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa.

Meskipun ada pihak yang mempersoalkan keputusan menaikkan gaji penjawat awam, langkah ini dianggap penting untuk memastikan kestabilan organisasi dan menghindari masalah dalaman yang boleh menjejaskan produktiviti.

Penulis dari media Sinar Harian mengakui bahawa terdapat pandangan yang mempertikaikan kenaikan gaji ini, terutamanya apabila sektor swasta juga menyumbang besar kepada ekonomi negara. Namun, kenaikan gaji di sektor swasta sering kali lebih tinggi berbanding penjawat awam.

Oleh itu, tindakan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam adalah wajar, kerana ia memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi.

SUMBER : SINAR HARIAN