Gaji

KUALA LUMPUR – Sebuah NGO yang dikenali sebagai Parti Sosialis Malaya telah membuat satu sidang akhbar semalam berkenaan gesaan mereka untuk menaikkan gaji minima pekerja menjadi RM2,000 untuk membolehkan pekerja berkemampuan dalam menanggung kos keperluan asas.

Mereka juga merancang dan mengajak orang beramai-ramai untuk melakukan perarakan sewaktu hari pekerja sedunia pada 1 Mei bermula dari Dataran Maybank menuju ke Dataran Merdeka pada pukul 10 pagi.

Parameiswary Elumalai yang merupakan jurucakap NGO tersebut berkata walaupun kerajaan sudah menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum, jumlah itu masih rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

  • gaji
  • Gaji
  • Gaji
  • Gaji

“Semua naik tetapi gaji tidak naik. Kebelakangan ini, isu gaji amat dipandang serius. Kerajaan perlu laksanakan ‘Gaji Untuk Hidup’ RM2,000 supaya pekerja dapat menampung keperluan asas seperti makanan, perumahan, penjagaan kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan pendidikan,” ujarnya.

“Gaji Untuk Hidup” merupakan tema untuk perarakan tahun ini dan acara perarakan tersebut adalah acara yang tahunan yang sudah saban tahun dianjurkan sejak dari tahun 1994 lagi.

Menurut merekaa, pekerja-pekerja hari ini semakin enggan menerima gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan, dengan alasan yang jelas iaitu jumlah tersebut tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan hidup.

Tambahnya lagi, tahun ini, adalah masa yang tepat untuk menyemak semula had minimum gaji ini.

Menurut Parameiswary, penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa pada tahun 2022, gaji minimum telah dinaikkan sebanyak RM300, sewaktu Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini merupakan peningkatan gaji minimum yang paling besar dalam sejarah negara ini.

Beliau turut menambah lagi kenyataan dengan gaji sara hidup untuk dewasa yang mengikut standard Bank Negara Malaysia (BNM) adalah sebanyak RM2,700 pada 2018.

Akhir sekali, Pengurus Projek Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ketika ini 35 peratus pekerja di sektor formal berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

“Berjuta rakyat Malaysia mempunyai gaji di bawah RM2,000. Kebanyakan pekerja yang berumur 45 sehingga 49 mempunyai gaji di bawah RM3,500. Disebabkan itu, kita tidak membincangkan mengenai gaji minimum tetapi ‘Gaji untuk Hidup’,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Untuk membaca artikel berkaitan ekonomi, klik DISINI

Untuk melihat rakaman sidang akhbar tersebut klik DISINI