Dato’ Seri Reezal Merican bersama komuniti penggiat eSports Pulau Pinang di Command Centre, Wisma UMNO Kepala Batas yang sedang bersaing dalam Penang Esport Festival Challenge.
Esport antara gaya hidup pilihan masa kini, tidak terkecuali dalam kalangan belia di sini. Sebab itu, apabila beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan sebagai menteri, beliau telah mewujudkan e-Sport Youth Cabin di Wisma UMNO ini sebagai hub pengembangan e-sport untuk Belia Kepala Batas.
Tidak terhenti setakat ini sahaja, dalam memperkasa agenda anak muda, Kepala Batas Youth Centre (KBYC) berharga RM45 juta yang bakal dibina di Paya Keladi akan menjadi pusat sehenti pembangunan dan kemajuan belia, tidaklah terhad kepada anak-anak Kepala Batas atau Pulau Pinang, insya Allah ia akan memanfaatkan seluruh komuniti belia di Wilayah Utara.
Bersama anak muda, kita bina Kemakmuran dan Kestabilan.


