TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN. Itulah slogan untuk Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia pada tahun ini yang membawa maksud pemimpin harus tekad menyatupadukan segala bangsa di Malaysia sekaligus memenuhi harapan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Pada hari sabtu yang lepas, bertarikh 16 September selaku Hari Malaysia, Keretapi Sarong edisi 2023 merupakan sensasi yang terbaru yang mendapat sambutan dan perhatian dari bukan sahaja anak-anak muda di Malaysia, malahan pelbagai jenis masyarakat Malaysia.

Dengan jumlah lebih 10,000 peserta yang datang dari berbilang agama, bangsa dan usia, aktiviti menunjukkan impak yang positif terhadap generasi muda dalam menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.

Kesan daripada impak tersebut, ia menarik perhatian Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyatakan hasrat untuk menjadikan aktiviti ini sebagai satu aktiviti dalam kalendar bulan kebangsaan pada tahun hadapan.

Menteri Perhubungan dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil turut berkata “Saya berharap tahun depan kita dapat merencanakan lebih banyak program di peringkat Bulan Kebangsaan supaya ia tidak hanya melibatkan kibar Jalur Gemilang sahaja,” menurut sumber dari Astro Awani.

APA ITU KERETAPI SARONG

Aktiviti ini dijalankan oleh organisasi LOCCO yang terdiri dari kumpulan komuniti yang bertujuan untuk menyokong, mempamerkan dan mempromosikan kekayaan budaya di Malaysia.

Komuniti mereka sendiri menjadi tulang belakang acara & kempen yang menaikkan nama Malaysia, seperti Keretapi Sarong, Outdoor Festival dan Retro Klang.

Keretapi Sarong 2023 ini merupakan edisi yang ke-5, yang dimulakan sejak dari tahun 2017 lagi dan ia dilangsungkan secara serentak di lima bandar utama di Malaysia yang berlainan tempat selain dari Kuala Lumpur iaitu di Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu).

Turut serta di Battersea Power Station (London, United Kingdom) yang juga terlibat dalam aktiviti Keretapi Sarong pada tahun ini.

Semangat kekitaan dalam negara semakin lama semakin kuat, jika aktiviti seperti ini akan terus dijalankan untuk mendidik generasi akan datang betapa indahnya Malaysia sebagai satu negara yang aman dan harmoni.