PETALING JAYA – Pada 1 Jun tempoh hari, siasatan ke atas suami isteri yang juga ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui dibunuh di Damansara Damai di sini, tahun lalu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi oleh Berita Harian.
Beliau yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kedua-dua mereka ditahan berdasarkan hasil maklumat risikan dan siasatan dari hari pertama kejadian.
“Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini bagi membantu siasatan. Mereka akan direman pagi ini (1 Jun). Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh),”
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Klik disini untuk mengetahui kronologi kes Zayn Rayyan dari hari pertama.
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan/direman ? Kenapa ?
1 JUN 2024 – Majistret Ainaa Muhammad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam mewakili mereka, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Beliau berkata, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) direman tujuh hari bermula hari ini hingga 8 Jun ini bagi siasatan polis yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Menurutnya, reman tujuh hari yang dibenarkan oleh Ainaa hari ini bagi membolehkan kedua-dua OYDS untuk membantu siasatan polis dengan lebih lanjut.
“Buat masa ini, kita tidak boleh buat sebarang spekulasi. Saya memohon semua pihak untuk bersabar dan mendoakan agar keluarga ini kuat untuk menerima ujian ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat prosiding reman di Mahkamah Majistret“
Mahmud Abdul Jumaat, Peguam.
Mengenai kemungkinan bukti baharu diperoleh polis atau rekod percakapan mereka sebelum ini yang bercanggah, Mahmud berkata, dua faktor itu mungkin menyumbang kepada penahanan terbabit.
Ketika ditanya mengenai keadaan OYDS, Mahmud berkata kedua-duanya masih dalam terkejut dan semua pihak tahu kedua-dua mereka adalah ibu bapa Zayn Rayyan.
“Sudah tentu sangat terkejut, OYDS adalah ibu bapa kepada mangsa dan ini adalah satu perkara yang tidak dijangkakan.
“Saya sendiri pun agak terkejut, saya percaya satu Malaysia terkejut mengenai perkara ini. Oleh yang demikian saya memohon semua pihak mendoakan agar keluarga kuat untuk menerima perkhabaran ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, kata beliau pihaknya yakin permohonan reman ke atas ibu bapa Zayn Rayyan oleh pihak polis hari ini adalah bertujuan untuk melengkapkan siasatan mereka.
Peguam kepada Ibu Bapa Zayn Rayyan Tarik Diri ??
4 JUN 2024 – Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, menarik diri sebagai peguam mereka bermula hari ini.
Mahmud Abdul Jumaat dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.
Berikutan itu, beliau yang juga peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan untuk menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.
“Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada. Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,”
Mahmud Abdul Jumaat, Peguam.
Pada 6 Disember tahun lalu, kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang juga anak sulung pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan saliran air, kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.
Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.
Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.
SUMBER : BERITA HARIAN


