MEASAT-3D bakal menyokong sasaran Rangkaian Digital Nasional (Jendela) Malaysia untuk mencapai liputan Internet 100% menjelang 2025.
Yau Chyyong Lim sebagai COO MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd membuat pengumuman hari ini berikutan penyerahan MEASAT-3d oleh Airbus Defense and Space selepas selesai ujian dalam orbit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Kata Lim lagi,“Dengan ini, MEASAT-3d juga bersiap sedia dalam usaha untuk menyokong rancangan pelanggan kami untuk mengembangkan perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman mereka.”
.
Satelit multi-mission ini mempunyai lebih daripada 18 tahun jangka hayat yang dirancang.
Saltelit ini juga membawa muatan C-band dan Ku-band untuk perkhidmatan video dan terus ke rumah,
serta muatan Ka-band jenis pancaran titik berbilang daya pemprosesan tinggi yang berfungsi untuk menyediakan komunikasi Internet jalur lebar berkelajuan tinggi untuk Malaysia termasuk pengguna di kawasan terpencil.
Tambah beliau lagi, satelit baharu itu turut menyediakan muatan jalur Q/V yang mana akan membolehkan MEASAT mengkaji kesan pembiakan di kawasan yang sering mengalami hujan lebat seperti Malaysia di samping membantu lagi proses mereka dalam membentuk satelit generasi seterusnya.
Selain itu,ia juga membawa muatan yang sangat inovatif untuk KTSAT bagi digunakan untuk Korea Augmented Satellite dalam meningkatkan ketepatan dan integriti isyarat GPS untuk pesawat bagi meningkatkan lagi keselamatan penerbangan pesawat di Korea Selatan.
MEASAT-3d terletak bersama MEASAT-3a dan MEASAT-3b pada slot orbital 91.5°E (kejiranan video utama MEASAT) untuk membentuk salah satu lokasi orbit yang paling berkuasa dan teguh di rantau ini dengan redundansi dan kapasiti pengembangan dalam orbit yang tiada tandingan .
