sosial media

Remaja yang didefinisikan adalah generasi yang dilahirkan dari tahun 1998 sehingga 2016 adalah merupakan generasi teknologi dimana dilahirkan terdedah kepada internet sejak bayi lagi. Memiliki telefon bimbit dan media sosial adalah penting dalam kehidupan mereka.

Telefon bimbit adalah perkara biasa untuk anak muda kini kerana ia merupakan alat komunikasi dan cara mengekspresi diri dan kelihatan lebih hebat.

Purata 8 jam sehari adalah masa yang minimum mereka menggunakan media sosial. Penggunaan media sosial secara pasif memberi kesan negatif kepada salah satu aspek kesihatan mental.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kenaikan sebanyak dua kali ganda dalam isu melibatkan kesihatan mental di Malaysia. Laporan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS, 2020) mendapati tiga daripada setiap sepuluh orang dewasa yang berusia 16 tahun dan ke atas di Malaysia akan menderita masalah
kesihatan mental.

Media sosial memberi implikasi besar yang wujud dari penggunaan dalam kalangan remaja sama ada positif ataupun negatif. Implikasi negatif adalah seperti kurang kemahiran komunikasi secara bersemuka, pembaziran masa di media sosial dan pengabaian tanggungjawab, terdedah kepada maklumat atau fakta yang salah, kebocoranmaklumat peribadi yang penting serta terdedah kepada fitnah, penipuan dan buli siber.

Emosi yang dinyatakan dalam media sosial, cara mengekspresikan diri di media sosial, dan pengalaman emosi semasa melayari media sosial mempengaruhi emosi individu.

Individu cenderung untuk membandingkan diri serta kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial seperti perbandingan melalui aspek ekonomi, keupayaan membeli, kemewahan dan lain-lain bentuk gambaran material yang dipaparkan.

Justeru, ketagihan ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi buruk yang menjejaskan kesihatan mental. Ibu bapa serta badan-badan tertentu harus mengambil langkah proaktif dalam memantau setiap penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak remaja.