PUTRAJAYA, 22 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar pengumuman penting yang dijadualkan esok bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia.
Dalam satu kenyataan ringkas malam ini, beliau berkata segala keputusan yang diambil kerajaan sentiasa berteraskan kepentingan rakyat dan negara.
“Insya-Allah, moga pengumuman esok membawa manfaat buat rakyat keseluruhan,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosial rasmi.
Walaupun tidak memperincikan pengumuman yang dimaksudkan, spekulasi dalam kalangan pemerhati politik dan ekonomi terus meningkat, khususnya menjelang pembentangan beberapa inisiatif utama kerajaan.
Perdana Menteri dijangka mengadakan sidang media khas di Putrajaya esok jam 10 pagi.
