Selebriti popular Neelofa sekali lagi menarik perhatian apabila dilihat membawa Muhammad Bilal ke Langkawi selepas mendedahkan wajah anak sulungnya pada malam Rabu.
Kelibat Neelofa dan suaminya, Haris Ismail kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ketika dia sedang mendukung bayi lelaki mereka.
Seorang pengguna TikTok merakam pasangan suami isteri itu berasa teruja apabila melihat kedatangan selebriti sensasi itu ke Pulau Langkawi tersebut.
“Wah, Neelofa datang mai bercuti di Langkawi la! Orang kata apa rezeki tak salah alamat bila dapat tengok Bilal si comel gebu depan-depan… bulatnya dia!,” katanya.
Tidak hanya berasa teruja sahaja apabila melihat keluarga bahagia tersebut, netizen juga turut memuji penampilan mereka yang ringkas di mana hanya berseluar trek meskipun berstatus selebriti terkenal di Malaysia.
“Kalau aku pergi Langkawi ni, dah pakai smart smart dah ni.” Dia elok je pakai seluar trek.
Ada seorang netizen menulis, “steady je suami Neelofa dengan seluar dia, tak lupa juga si Bilal yang comel tu dengan kakinya bulat tanpa memakai kasut. Stail ala mama-mama betul la. Ya Allah, mulianya pasangan tersebut, Haris dan Neelofa yang berpakaian sederhana.
Malah ada juga netizen yang tidak menyangka begitu cepat masa berlalu apabila dulu bekas pengacara program MeleTop itu sudah pun bergelar seorang ibu.
“Cepatnya masa berlalu, tak percaya sekarang Neelofa dah mendukung baby. Badan Lofa sampaikan senget mendukung Bilal!
Pada malam Rabu itu, Neelofa telah memuat naik satu video di Instagram miliknya yang memperkenalkan Bilal kepada khalayak umum selepas sudah lama menyorokkan identiti wajah bayi lelakinya itu.
Video yang dimuat naik berkenaan setakat ini telah menerima enam juta tontonan dengan anggaran 700,000 lebih yang tanda suka.
