KUALA LUMPUR – Imej yang dipercayai dihasilkan daripada kecerdasan buatan (AI) tentang keadaan Rafah menerusi ayat “All Eyes On Rafah” dikongsikan lebih dari 44 juta kali di Instagram.

Kemaskini terkini perkongsian sebanyak 45.9 juta di Instagram. (30 Mei 2024)

Peningkatan mendadak itu berlaku selepas Israel menyasarkan serangan maut ke atas kem diduduki penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza.

Imej itu memaparkan deretan khemah padat terbentang tanpa penghujung merentasi landskap padang pasir yang dibayangi kawasan pergunungan, merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri ke sana ketika perang Israel-Palestin.

Pelakon Chile-Amerika Syarikat (AS), Pedro Pascal serta model terkenal berketurunan Palestin, Bella dan Gigi Hadid, legenda bola sepak England, David Beckham dan ramai pemain bolasepak antarabangsa lain adalah antara selebriti yang berkongsi #tanda pagar itu di Instagram.

Pelakon Hollywood, Pedro Pascal di Instagram. (@pascalispunk)

Legenda bolasepak, David Beckham dan pemain bola antarabangsa yang lain berkongsi kesedaran berkenaan keadaan Rafah. (@faithfullballers)

Slogan ‘All eyes on Rafah’ juga dikongsi secara meluas dalam penerbitan dan rangkaian sosial lain, terutamanya di platform media sosial X, di mana hashtag #alleyesonrafah menarik hampir satu juta perkongsian (hits), menurut pemantau dalam talian Visibrain.

Perkataan “Rafah” juga trending di platform X dengan mempunyai 2.53 juta hantaran di platform tersebut.

Ia juga turut menyaksikan 27.5 juta mesej diterbitkan dalam tiga hari mengenai serangan ke atas bandar selatan Gaza yang bersempadan dengan Mesir, tindakan yang menimbulkan kemarahan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel ke atas kem itu pada Ahad itu mencetuskan kebakaran hingga membunuh 45 orang dan mencederakan 249 mangsa lain.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyasarkan dan berjaya membunuh dua pejuang kanan Hamas dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu bercakap mengenai kemalangan tragis’ yang sedang disiasat oleh kerajaannya namun kita semua tahu itu adalah satu penipuan kerana mereka telah menggunakan taktik yang sama dalam setiap serangan yang dilakukan.

Setakat ini, negara haram Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 36,171 orang di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan wilayah Gaza di Palestin.

Dari Sungai hingga ke Segara, Palestin pasti Merdeka.

SUMBER : BERITA HARIAN