Penduduk daerah Klang diingatkan supaya peka dengan kemungkinan banjir berikutan fenomena air pasang melampau yang bermula semalam dan akan berlarutan sehingga 27 November ini.
Pada 24 dan 25 November, paras laut dijangka mencapai 5.3 meter, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang yang disiarkan di Facebook Pejabat Daerah/Tanah Klang.
Jawatankuasa itu seterusnya mengingatkan penduduk Klang supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan persekitaran, serta mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan arahan tambahan daripada agensi kerajaan yang berkaitan.
Dengan mendail 010-869 1067, talian kecemasan Pejabat Daerah dan Tanah Klang tersedia 24/7 untuk orang ramai melaporkan bencana.
Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang telah diaktifkan semalam dan akan terus dibuka sehingga 27 Nov.
