KUALA LUMPUR – Sejak dua menjak ini kita sering ternampak konten dan berita tersebar berkenaan Monkey Pox atau dalam bahasa kita, penyakit cacar monyet.

@negaranews

KESIHATAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersiap sedia dengan memperkukuhkan aktiviti pemantauan dan advokasi berkaitan mpox, termasuk memperketatkan kawalan di semua pintu masuk antarabangsa. Langkah ini diambil susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos lalu yang mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC) buat kali kedua. Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. SUMBER : BULETIN TV3/BERITA HARIAN #monkeypoxvirus #mpox #cacarmonyet #health #viral #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News

APA ITU CACAR MONYET ?

Berdasarkan artikel dari Universiti Sains Malaysia, penyakit cacar monyet disebabkan oleh virus cacar monyet, Dari gen Orthopoxvirus dalam kumpulan Poxviridae, berdasarkan keterangan WHO.

Cacar monyet adalah penyakit zoonosis (dapat ditularkan haiwan ke manusia) yang terjadi terutama di daerah hutan hujan tropis Afrika tengah dan wilayah barat, serta kadang-kadang dibawa ke daerah lain.

SIMPTOM TERKENA JANGKITAN CACAR MONYET

  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit Kepala
  • Timbul ruam seperti campak merebak di muka, tapak tangan, tapak kaki dan bahagian lain.

Badan anda akan mula mengalami lenguh badan, sakit di bahagian sendi, kejang otot dan kelenjar limfa yang bengkak.

Kanak-kanak dan individu dengan tahap imuniti rendah ada risiko gejala lebih serius dan boleh menyebabkan kematian.

Ia boleh tersebar melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah/cecair binatang dan luka haiwan yang dijangkiti.

Sentuhan kulit atau cecair pernafasan individu yang dijangkiti boleh tersebar ke orang lain, cuam ianya terhad.

KKM MEMPERKETATKAN PEMANTAUAN DI PINTU MASUK NEGARA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersiap sedia dengan memperkukuhkan aktiviti pemantauan dan advokasi berkaitan mpox, termasuk memperketatkan kawalan di semua pintu masuk antarabangsa.

Langkah ini diambil susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos lalu yang mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC) buat kali kedua.

Menurut kenyataan KKM, mpox sebelum ini telah diisytiharkan sebagai PHEIC buat kali pertama pada 23 Julai 2022 dan berakhir pada 11 Mei 2023.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan kes mpox dikehendaki memantau status kesihatan diri setiap hari, termasuk memerhatikan gejala jangkitan mpox, selama 21 hari selepas tiba di Malaysia.

KKM juga menasihatkan mereka yang mempunyai sejarah terlibat dalam aktiviti berisiko serta menunjukkan gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit untuk segera mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran dan mengelakkan sebarang kontak dengan orang lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Selain itu, KKM mengingatkan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk segera melaporkan kes-kes yang disyaki atau disahkan mpox kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat diambil dengan pantas.

Pengamal perubatan juga boleh merujuk kepada garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023” yang tersedia di laman web rasmi KKM.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai mpox, KKM bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk menyebarkan bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko di lokasi tertentu seperti spa dan sauna. Pada masa ini, terdapat 10 makmal, termasuk dua makmal swasta, yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan mpox.

KKM juga menekankan kepentingan kebersihan di premis yang menyediakan perkhidmatan melibatkan kontak kulit dengan pelanggan, seperti spa dan urutan.

Mereka diingatkan untuk memastikan tiada pekerja atau pelanggan yang menunjukkan gejala mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit. Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang menunjukkan gejala, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

KKM akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk hospital serta klinik swasta, dalam usaha memantau, mengesan, dan merawat kes mpox secara bersepadu.

Pengisytiharan kedua ini dibuat berdasarkan nasihat Jawatankuasa Kecemasan IHR, yang memberi amaran mengenai penularan strain mpox baharu, clade 1b, yang lebih pantas merebak di Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

Congo menyaksikan peningkatan ketara dengan lebih 15,600 kes dan 537 kematian dilaporkan pada tahun 2024, melebihi jumlah kes pada tahun sebelumnya. Selain itu, empat negara di Afrika Timur—Burundi, Kenya, Rwanda, dan Uganda—juga melaporkan kes mpox buat kali pertama.

SUMBER : BERITA HARIAN