asing

KLANG – Semalam tular video yang menunjukkan 2 warga asing ditahan oleh pihak polis di kawasan NSK Klang Sentral yang disyaki mencuba untuk menculik kanak-kanak tempatan.

Menurut S Vijaya Rao iaitu Ketua Polis Daerah Klang Utara, kes itu berlaku dua hari lepas pada 7.30 malam dan ia bermula dengan kanak-kanak, ibu dan ibu saudaranya menaiki eskalator di pasar raya tersebut.

“Dua warga asing datang dari arah belakang dan salah seorang suspek tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu menyebabkan ibunya menjerit dan menarik semula anaknya.”

“Dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu,” – ulas Ketua Polis tersebut dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, 2 warga asing tersebut diserahkan kepada pihak polis selepas berjaya ditangkap orang awam.

SUMBER : Mohd Redzuan Abdul Manap (Twitter/X)

Berdasarkan hantaran di platform X, S Vijaya turut berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis juga menyeru orang awam supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelak kejadian seperti ini berulang,” tambahnya lagi.

SUMBER : FREEMALAYSIATODAY