Dato’ Sri Reezal Merican sungguh berbesar hati kerana dapat hadir Program Demi Pinang Tunggal pagi semalam dan juga turut bertanya khabar dan menyantuni warga Pinang Tunggal.
Pinang Tunggal tidak pernah ketandusan pemimpin-pemimpin tempatan yang berkaliber dimana mereka tanpa jemu berkhidmat untuk warganya.

“Saya amat menghargai jasa pemimpin-pemimpin masyarakat Pinang TUnggal dan kerana itulah, dalam Program Demi Pinang Tunggal pada hari semalam dimana mereka diberkan penghargaan atas jasa dan bakti mereka.”
Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga SK Pinang Tunggal, tuan rumah program kita terutamanya Cikgu Shukur Ibrahim, bekas Guru Besar, YBhg Datuk Haji Md Zabidi Haji Ariffin, Pengurusi Jawatankuasa Penganjur Program; Dato’ Ahmad bin Darus, Wakil Ahli Parlimen DUN Pingang Tunggal dan Datuk Yahaya Abdul Hamid, bekas Adun Pinang Tunggal yang bertindak sebagai tulang belakang menjayakan penganjuran program ini.
Semoga ukhuwah kekeluargaan atas semangat keluarga Besar Kepala Batas ini, yang disemai sejak sekian lama terus mekar dipertahankan sampai bila-bila.
#DemiKepalaBatas #DemiPinangTunggal
