KUALA LUMPUR – Pergerakan ringgit pada zaman ini menunjukkan mata wang tidak berada dalam krisis, berbanding kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1998 yang lalu.
Pendapat Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali
Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali yang merupakan penganalisis ekonomi berkata kejatuhan mata wang tempatan itu perlu diperhaluskan lebih terperinci dan menyeluruh untuk memastikan langkah tepat pengukuhan dapat dilaksanakan.
Beliau yang juga merupakan Pengaarah Institut Pembangunan dan kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (Minda-UKM) berkata, carta menunjukkan bahawa terdapat elemen lain yang mempengaruhi nilai ringgit selain kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan ekonomi global.
Selain itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam mentafsir situasi yang berlaku kepada mata wang ringgit Malaysia.
“Sewajarnya kita perlu memberi perhatian ke atas asas ekonomi negara dan tidak hanya menumpu kepada perubahan di AS dan ekonomi global sebagai penyebab kepada penyusutan ringgit.
“Daya saing negara jelas semakin menurun. Berdasarkan penarafan daya saing global IMD (International Institute for Management Development), Malaysia kini di berada ditangga ke-27 di dunia daripada 63 buah, lebih rendah berbanding 10 tahun yang lalu di tangga ke-15 (2013).
“Walau apa pun hujah kita, kejatuhan daya saing mengesani persepsi global terhadap ekonomi,” ujar Noor Azlan.
Beliau turut berkata dalam satu kenyataan bahawa Malaysia perlu mempercepatkan tindakan bagi memulihkan keyakinan antarabangsa terhadap ekonomi negara dan mesti menjadi antara destinasi pelaburan global yang berkualiti.
Menurut beliau, nilai mata wang boleh terjejas dan mungkin berganjak ke julat yang lebih rendah sekiranya persepsi tersebut berlanjutan dan anjakan julat pergerakan ringgit memberi petanda penting ke atas status ekonomi negara daripada perspesi masyarakat antarabangsa.
“Sejak tambatan kepada dolar AS ditamatkan pada Julai 2005, ringgit berada dalam julat RM2.90 hingga RM3.80 berbanding dolar AS selama hampir 10 tahun. Kemudiannya, bermula pertengahan 2015, ringgit berganjak ke julat yang lebih rendah iaitu RM3.80 hingga RM4.60.
“Sebahagian besar penganalisis hanya melihat kepada pergerakan harian yang tertumpu kepada aliran keluar masuk pelaburan jangka pendek, khususnya dalam pasaran kewangan. Namun pergerakan jangka panjang nilai ringgit jarang dibincangkan,”tambahnya lagi.
Pendapat Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
Dalam masa yang sama, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid iaitu penganalisis ekonomi UniKL Business School berkata langkah BNM menggalakan lagi aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing berupaya menguatkan semula nilai mata wang ringgit Malaysia.
Pendapat beliau pula, BNM sangat memerlukan kerjasama syarikat pelaburan berkaitan dengan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menukar mata wang asing sama ada hasil pelaburan mahupun hasil ekspot kepada ringgit, yang mampu menghentikan penurunan nilai mata wang tempatan pada ketika ini.
Katanya, perbincangan bersama perlu dilakukan kerana semua kepimpinan tertinggi GLC dan GLIC terikat dengan mencapai sasaran utama KPI iaitu dengan membuat dan mencari keuntungan yang terbaik seperti yang disasarkan kerajaan sebagai pemegang taruh.
“Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing adalah antara sumber penting kepada pencapaian sasaran keuntungan masing-masing.
“Justeru, dengan mendapat persetujuan BNM, GLIC dan GLC, maka ia dapat diketengahkan kepada kerajaan untuk kelulusan yang seimbang dalam bentuk menang-menang, dengan sasaran keuntungan boleh dicapai dan ringgit boleh diperkuatkan semula,” ujar Aimi Zulhazmi.
strategi juga boleh disusun untuk menarik pelaburan ke dalam negara berbanding strategi melabur di luar negara oleh GLC dan GLIC.
Beliau berkata, rangkaian yang dimiliki oleh GLC dan GLIC juga boleh dipergunakan untuk menyokong usaha menguatkan ringgit termasuklah pemegang taruh seperti vendor, pembekal, pelanggan yang mempunyai hubungan langsung yang kuat.
“Ini adalah langkah strategik BNM dalam usaha menguatkan nilai ringgit dan bukan hanya melaksanakan dasar monetari,” katanya.
Untuk info tambahan, pada satu tempoh hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada mengatakan jangan menggunakan nilai mata wang ringgit sebagai satu modal politik. – LIHAT DISINI
SUMBER : BERITA HARIAN


