Bantuan Kembali Ke Sekolah Akan Terus Diperhebatkan Untuk Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan “Kembali Ke Sekolah”, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan Kembali Ke Sekolah Akan Terus Diperhebatkan Untuk Rakyat - PM Anwar

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata demikian susulan program Kembali ke Sekolah yang diadakan di Parlimen Tambun baru-baru ini.

“Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah Parlimen Tambun bagi pihak saya.

Bantuan Kembali Ke Sekolah Akan Terus Diperhebatkan Untuk Rakyat - PM Anwar
Bantuan Kembali Ke Sekolah Akan Terus Diperhebatkan Untuk Rakyat - PM Anwar

“Alhamdulillah, 1,500 penerima mendapat manfaat dari program ini yang diharap dapat membantu menampung keperluan membeli barangan persekolahan menjelang pembukaan sesi baharu sekolah tidak lama lagi. Bantuan seperti ini akan terus diperhebat untuk rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,” katanya.

Sumber: BERNAMA