Uzbekistan

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Uzbekistan menyatakan komitmen kedua-dua belah pihak untuk memperhalusi secara terperinci kerjasama terutamanya bidang perdagangan, pelaburan dan hal-hal strategik bagi kedua kedua negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Anwar Ibrahim semalam, beliau berkata perkara yang disebut diatas itu antara yang dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov, pagi semalam.

“Dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Luar, Dato’ Seri Mohamad Hasan, kami berbincang mengenai usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala Malaysia-Uzbekistan dan juga isu-isu serantau.”

“Kami turut menyatakan komitmen untuk memperhalusi kerjasama terutama dalam perdagangan, pelaburan dan kerjasama strategik kedua-dua negara.” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Anwar juga berkata beliau bertukar pendapat dan pandangan berkenaan kerjasama dengan OIC, situasi di Gaza dan perkembangan di Afghanistan.

Anwar mempercayai bahawa pertemuan yang dilakukan itu akan lebih memperkukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan.

Saidov kini dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke Malaysia yang bermula pada hari Selasa, semalam dan ia merupakan lawatan pertama Saidov ke negara ini sebagai Menteri Luar.

Pada 2023, Uzbekistan menjadi rakan dagang kedua terbesar Malaysia bagi rantau Asia Tengah.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan bernilai RM 451.9 juta (US94.03 juta) iaitu peningkatan sebanyak 30.9 peratus berbanding 2022.

AKTIVITI MENTERI LUAR UZBEKISTAN, BAKHTIYOR SAIDOV SETAKAT INI (28/02/2024)

Saidov berpeluang untuk berjumpa dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul Johari semalam.

Beliau berkata diplomasi parlimen merupakan aset yang bagus untuk membawa semua orang lebih dekat dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyatakan topik dan masalah ke arah kemakmuran kerjasama dua hala.

  • Uzbekistan
  • Uzbekistan

Untuk info tambahan, Saidov juga sempat untuk berjumpa dengan Presiden Petronas, Tengku Muhammad Taufik dan memfokuskan perbincangan tentang bidang yang terdiri daripada pembinaan kapasiti kepada pembangunan industri minyak & kimia.

Tambahan pula, Saidov juga mengadakan mesyuarat bersama pihak kepimpinan ASEAN Chamber of Commerce & Industry, Sunview Group, Luna Far East, KK Group of Companies, and Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N).

  • Uzbekistan
  • Uzbekistan
  • Uzbekistan
  • Uzbekistan

SUMBER : BERNAMA, BAKHTIYOR SAIDOV