JOHOR – Pemilik Kelab Bolasepak terkemuka di Malaysia yakni Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ bertitah bahawa dirinya tiada kaitan langsung dengan kes simbah asid tempoh hari yang membabitkan pemain sensasi negara dan Selangor FC, Faisal Halim.
Klik disini untuk membaca artikel penuh berkaitan Faisal Halim.
Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor itu bagaimanapun mengakui pemain sayap kebangsaan tersebut sebagai pemain yang baik, namun bukan ancaman kepada JDT.
Malah, baginda berkata perkara itu sangat bercanggah dengan pendiriannya, baginda juga bertitah ada ‘sasaran’ yang lebih penting untuknya.
Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik tapi saya tidak tahu hidup peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang. Tetapi, ada apa kena mengena dengan saya?
Titah D.Y.A.M Tunku Mahkota Ismail
Menurut laporan pihak media, kenyataan TMJ itu diberikan dalam sesi podcast secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity semalam.
Boleh lihat sesi temubual/podcast secara penuh disini ;
SUMBER : Lobak Merah
