Menurut Timbalan Perdana Datuk Seri Fadillah Yusof, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Adalah Manifestasi Kestabilan Yang Diharapkan Oleh Rakyat.
Fadillah yang juga memerangkap sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata konvensyen ini ialah hasil daripada kesepakatan parti-parti politilk iaitu mendukung Kerajaan Perpaduan yang menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik.
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali itu membuka tirainya seawal jam 10 pagi serentak dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein Onn.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil, berkata konvensyen di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu berlangsung tepat pada waktunya.
“Ia berlangsung tepat pada waktunya bagi memperlihatkan keutuhan Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah barisan kepemimpinan negara, termasuk kepada pemerhati dan pelabur luar.
“Menerusi konvensyen ini, mereka dalam Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu adalah sesuatu yang sia-sia.
“Perwakilan perlu menunjukkan bahawa mereka yang dahulunya seteru politik, mampu memberikan komitmen kerjasama, kesepaduan, toleransi dan taat setia antara satu sama lain dalam konvensyen ini,” katanya.
Ia disusuli dengan Bicara Rakyat dan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.
Sekaligus, satu jentera baharu iaitu ‘Geng Perpaduan’ yang membabitkan semua sayap pemuda parti gabungan kerajaan ini juga dilancarkan sempena konvensyen itu bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Bertemakan ‘MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia’ adalah acara kemuncak konvensyen ialah pada jam 3:30 petang, amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan serta menyaksikan persetujuan deklarasi Kerajaan Perpaduan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO pula berkata, UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat.
Katanya, ia meliputi usaha meningkatkan taraf ekonomi, pembasmian kemiskinan tegar dan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara paling kompetitif dan pesat membangun.
Rentetan itu, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, gabungan itu akan terus memperkukuh kerjasama pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan dan menyifatkan kerajaan yang ada sekarang hasil daripada gabungan yang sangat stabil dan kukuh.
