LOI_Yayasan Minda_UiTM

Yayasan Minda telah menandatangani MoU Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Turut hadir Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah iaitu Pengurusi Yayasan Minda.

Pemeteraian LOI itu merupakan satu pencapaian penting bagi kedua-dua pihak iaitu institusi dan organisasi kerana ia menandakan permulaan era baharu kerjasama dan perkongsian dalam membantu anak bangsa dalam pendidikan.

Yayasan Minda adalah sebuah organisasi untuk menyediakan prasarana pendidikan yang efektif ke arah merakyatkan pendidikan negara.

LOI menggariskan rangka kerja untuk kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk menjana dana kepada pengurusan dan pembangunan, mengenal pasti kumpulan sasar dan membiayai pendidikan secara adil dan saksama untuk masyarakat yang berilmu dan progresif.

Bagi penyeliaan bersama, hasil utama yang diharapkan ialah mengukuhkan kerjasama melalui sesi penjelajahan Kembara Transformasi Ilmu dan Minda ke seluruh negeri.

Perjanjian ini juga bertujuan untuk bukan hanya golongan pelajar didedahkan berkaitan kursus yang mahu diambil, malah ibu bapa turut mendapat pendedahan sama dan memupuk kerjasama yang lebih besar dalam pelbagai bidang pendidikan. 

Berikutan pemeteraian LOI, wakil dari kedua-dua organisasi dan institusi terlibat dalam perbincangan mengenai peluang dan cabaran yang akan datang. Mereka menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama rapat untuk mencapai objektif LOI.

Ini selaras dengan misi UiTM iaitu Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.