PASIR GUDANG, JOHOR – Berikutan kes dan video tular di media sosial, seorang lelaki yang mengenakan tudung berwarna merah jambu telah ditangkap oleh polis kerana disyaki mengintai di tandas wanita di sebuah pasar raya di Taman Dahlia, Masai, Pasir Gudang semalam.

Tindakan tidak senonoh ini dikesan oleh pengunjung dan pekerja pasar raya yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Sebuah video yang tular di media sosial Tiktok menunjukkan seorang wanita bersama seorang lelaki mempersoal tindakan suspek yang memakai pakaian track suit dan baju hoodie, sambil hanya memakai sandal.

Didalam video tersebut, lelaki yang dituduh itu kelihatan marah dan gelisah kerana perbuatannya yang sudah melanggar moral manusia.

Lelaki ini berpura-pura sebagai wanita dengan mengenakan tudung berwarna merah jambu, dan didakwa oleh saksi bahawa suspek masuk ke dalam tandas wanita sambil merakam gambar.

Hasil siasatan menunjukkan bahawa kejadian ini berlaku pada Ahad lalu, sekitar jam 11 pagi. Polis telah menangkap seorang lelaki tempatan, dan semakan mendapati bahawa suspek ini tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, dan jika suspek didapati bersalah, beliau boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.