BERSATU

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang hilang keyakinan kepada pembangkang terutamanya Parti BERSATU selepas beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian menyokong kerajaan.

Anwar mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat seperti mencabar Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri dikosongkan.

Dikatakan perkara itu terpulang kepada Ahli Parlimen serta ADUN terbabit.

“Orang sudah hilang keyakinan kepada Bersatu terutamanya,” ujar Anwar kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Polis Diraja Malaysia di sini, semalam.

  • BERSATU
  • BERSATU
  • BERSATU

Ketika Anwar berucap didalam majlis itu, beliau berkata anggota polis perlu melipatgandakan lagi usaha mereka dalam melindungi rakyat jelata dan negara khusunya dalam membel nasib wanita serta kanak-kanak.

“Saya akan bertindak tegas tanpa tolak ansur untuk menyelamatkan rakyat dan negara kita ini.

“Saya minta kerjasama anggota polis supaya lebih tangkas dan jangan jadikan negara ini tempat yang rosak kerana akhlak yang rendah,” ujar Anwar lagi.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1 juta yang diluluskan segera bagi kerja-kerja pembinaan kuarters polis di Seberang Jaya yang sedang berjalan dan RM500,000 bagi pembinaan surau di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sebagai usaha meningkatkan keselesaan serta kebajikan anggota keselamatan itu.

Untuk info tambahan, enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

ADUN yang terbabit pula ialah Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

SUMBER : BERNAMA