world

GAZA – Semalam tular video dan pelbagai bukti menunjukkan bahawa seramai 7 pekerja organisasi bantuan kemanusiaan WCK (World Central Kitchen) dibunuh, dibom oleh negara haram Israel di kawasan Gaza.

Berdasarkan hantaran oleh World Central Kitchen di media sosial Instagram rasmi mereka, World Central Kitchen telah mengesahkan bahawa 7 pekerja mereka yang terkorban adalah daripada Palestin, Australia, Poland, United Kingdom, dua warganegara Amerika Syarikat dan Kanada.

SUMBER : @wckitchen di Instagram

7 pekerja bantuan yang terkorban adalah seperti ;

  • Saifeddin Issam Ayad Abutaha, 25, Palestin
  • Lalzawmi (Zomi) Frankcom, 43, Australia
  • Damian Sobol, 35, Poland
  • Jacon Flickinger, 33, Amerika Syarikat & Kanada
  • John Chapman, 57, United Kingdom
  • James (Jim) Henderson, 33, United Kingdom
  • James Kirby, 47, United Kingdom

APA YANG TERJADI SEBENARNYA ?

Semalam, Pihak WCK berkata ia berasa “sedih untuk mengesahkan” bahawa tujuh anggota organisasi itu telah dibunuh oleh serangan udara negara haram Israel semasa dalam perjalanan dalam konvoi di Deir el-Balah selepas memunggah 100 tan bantuan makanan di gudang tengah Gaza.

Pihak WCK juga menambah kenyataan mereka bahawa walaupun mereka menyelaraskan pergerakan mereka dengan pihak kententeraan negara haram Israel yakni IDF (Israel Defence Force), kenderaan anggota mereka yang telah dilabel dengan logo organisasi WCK tetap diserang.

Keadaan kereta WCK yang digunakan oleh anggota mereka. – SUMBER : MEDIA

Pihak WCK berkata mereka akan memberhentikan operasi bantuan kemanusiaan sehingga dimaklumkan semula.

CEO organisasi tersebut, Erin Gore meluahkan perasaan kesal, sedih kerana serangan tersebut bukan sahaja serangan kepada mereka tetapi serangan terhadap semua organisasi yang membantu Gaza dan berkata bahawa insiden ini “tidak boleh dimaafkan”.

“This is not only an attack against WCK, this is an attack on humanitarian organizations showing up in the most dire of situations where food is being used as a weapon of war. This is unforgivable,” – ujar Erin Gore, CEO World Central Kitchen

WORLD CENTRAL KITCHEN ?

  • World

Pada tahun 2010, Chef José Andrés, menggunakan pengetahuan dan bakat masakannya untuk membantu di negara Haiti selepas gempa bumi yang dahsyat.

Dia memasak bersama keluarga mangsa gempa bumi yang terlantar di sebuah kem, dan José Andrés dibimbing cara yang betul untuk memasak kacang hitam seperti orang Haiti suka memakannya: tumbuk sehingga menjadi sos berkrim.

“Ia bukan hanya tentang memberi makan kepada orang yang memerlukan—ia juga mengenai mendengar, belajar dan memasak secara bersebelahan dengan orang yang terjejas oleh krisis.”

Inilah maksud sebenar makanan keselesaan, dan nilai teras yang José, bersama isterinya Patricia, gunakan di pusat pengasas World Central Kitchen.

Dari situlah lahirnya World Central Kitchen, sebuah organisasi yang menyediakan makanan kepada orang yang lebih memerlukan seperti di Gaza, Ukraine, dan lain lain.

ARTIKEL BERKAITAN ANTARABANGSA – DISINI

RESPONS PIHAK NEGARA HARAM ISRAEL

Jurucakap negara haram Israel, Daniel Hagari kononnya menunjukkan kesedihan dia terhadap insiden tersebut dan pihak kententeraan mereka dikatakan akan menjalankan pemeriksaan mendalam di peringkat tertinggi untuk memahami insiden tersebut.

SUMBER : @IDF di Twitter/X

Penipuan selepas penipuan, Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu berkata insiden itu tragis dan bukan niat pihak tentera mereka.

“Perkara ini berlaku pada zaman perang,” tambah Netanyahu, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan. Pegawai mereka sedang “menyemak perkara ini dengan teliti” dan “akan melakukan segala-galanya agar perkara ini tidak berlaku lagi”.

Sama-sama kita doakan keselamatan rakyat Palestin di Gaza, dan semoga keluarga mangsa pekerja bantuan WCK terus tabah menerima berita ini.

Dari Sungai hingga ke Segara, Palestin Pasti Merdeka.

SUMBER : ALJAZEERA, WORLD CENTRAL KITCHEN