Syukur kepada Allah SWT. DSRM cukup gembira melihat senyuman yang terukir di wajah penduduk Kg Permatang Saga ketika hadir menyantuni mereka di kediaman hari ini.
Senyuman ini tidak lain memaknakan rasa kesyukuran kerana penantian untuk memiliki atau menduduki kediaman sendiri menjadi realiti menerusi ikhtiar Rumah Mesra Rakyat yang kita usahakan.
Imbas semula pada Oktober tahun lalu, para penduduk menzahirkan kekecewaan atas kelewatan pembinaan projek ini dan atas kapasiti sebagai Menteri KPKT, saya telah mengarahkan pihak pemaju supaya menyiapkan projek ini pada kadar segera demi kesejahteraan dan memenuhi impian penduduk memiliki kediaman sendiri.
Alhamdulillah, dengan izinNya jua, impian mereka sudah tertunai, malah ada antara penduduk yang telah pun menetap di sini sejak awal tahun ini.

