Machang, 25 Jun – Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK) dan UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) akan menganjurkan program Belia MADANI Sihat peringkat negeri Kelantan 2025 bertempat di UiTM Cawangan Kelantan kampus Machang.
Program dijangka akan dirasmikan oleh Dirasmikan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohammad Faisal bin Ismail
Setiausaha Politik (SUPOL)
Kepada Menteri Kesihatan Malaysia .
Dari sehelai kertas cadangan akan bergerak kepada medan pelaksanaan — kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Program Belia MADANI Sihat membuka tirainya!
Maklumat program adalah sebagaimana berikut:
UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang
26 Jun 2025 (Khamis)
7.30 pagi – 2.00 ptg
Bersama rakan kolaborasi kami — UiTM dan Kementerian Kesihatan Malaysia — NGO Ikatan Muslim Prihatin Kebangsaan (IMPAK) tampil dengan penuh kesungguhan membawa program yang menyatukan:
Senam Sihat Madani
Pemeriksaan kesihatan percuma
Aktiviti Interaktif kesihatan mental & bahaya vape serta rokok
Pameran interaktif & aktiviti komuniti
Cabaran 10,000 Langkah yang akan gerakkan semangat dan stamina belia!
Program ini bukan sekadar acara — ia adalah satu misi.
Satu pergerakan.
Satu ikrar kami di IMPAK untuk terus menjadikan kesihatan sebagai titik mula kepada perubahan besar dalam hidup anak muda.
Kami tidak besar, tetapi kami percaya — langkah kecil yang konsisten boleh membawa impak besar.
Jumpa anda di sana!
