PULAU PINANG – Malang tidak berbau, insiden pertumpahan bahan kimia di Institut Pengajian Guru Kampus Pulau Pinang (IPG) semalam tidak disangka disebabkan oleh seekor kucing “oyen”.

Insiden tersebut disedari oleh pembantu makmal sejurus selepas melakukan pemeriksaan rutin makmal dan wanita tersebut terus menghubungi pihak bomba selepas mengetahui terjatuhnya bahan kimia di perkarangan makmal tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.48 petang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kejadian pada jam 4.48 petang, menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak.

Seramai 16 anggota bomba turun padang termasuklah Pasukan Khas Bahan Kimia Baru Berbahaya (Hazmat) terus ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati terjadi tumpahan bahan kimia daripada botol yang pecah dalam bilik makmal tersebut.”

“Kejadian ini melibatkan 10 botol bahan kimia jenis ‘Sodium Dihydrogen’ masing-masing mengandungi 500 mililiter (ml).”katanya menerusi sumber Berita Harian.

“Selepas mengenal pasti jenis bahan kimia yang tumpah, pasukan bomba melakukan proses nyahcemar sebelum memastikan bilik makmal benar-benar selamat.

Pegawai tersebut turut menyatakan kelas didalam makmal tersebut sudah tamat sebelum terjadinya insiden tersebut dan difahamkan lagi bahawa botol yang mengandungi bahan kimia tersebut dijatuhkan oleh kucing yang menyelinap masuk sebelum pembantu makmal itu sedar.

“Sebelum kejadian itu, kelas sudah tamat dan tiada individu atau aktiviti dijalankan di makmal berkenaan.

“Difahamkan, botol berkenaan dijatuhkan oleh kucing yang menyelinap masuk sebelum disedari pembantu makmal,” katanya.

Tiada orang yang terkesan dari insiden ini dan operasi tersebut tamat pada jam 6.47 petang.