SABAK BERNAM – Penduduk di kawasan Sungai Besar terkejut kerana digemparkan dengan fenomena aneh “langit hijau” yang dirakam oleh netizen di media sosial Facebook pada malam Selasa yang lalu.
Pemilik akaun media sosial Facebook, Man Toya memuat naik gambar langit hijau yang diambil dan berkata “Sungai besar ….kenapa Terang gila cahaya Ni ….” di dalam satu kumpulan komuniti Sungai Besar di Facebook.
https://www.facebook.com/groups/1678476209101983/permalink/3695421007407483/
Penduduk yang turut menyaksikan fenomena itu banyak meninggalkan komen-komen yang menarik, musykil dan mencuit hati.
Seorang pengguna Facebook diatas nama Pian Mat Yatim memuat naik komen seperti berikut “Mungkin Adudu turun agaknya.” dan terdapat banyak lagi komen yang bersifatkan jenaka.
Bagaimanapun, ramai pengguna Facebook telah memberi komen dan penjelasan bahawa “langit hijau” itu bukanlah datangnya dari fenomena alam “aurora” ataupun kedatangan makhluk asing, ianya disebabkan oleh lampu hijau yang digunakan oleh nelayan disekitar kawasan perairan untuk mencandat sotong dan menangkap ikan pada waktu malam.
SUMBER : ASTRO AWANI

