SHAH ALAM – Individu paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memegang jawatan pada 24 November tahun lalu.

Hasil kaji selidik dari Endeavor -MGC mengesahkan Anwar individu paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Keputusan tinjauan yang dijalankan oleh institut penyelidikan pendapat awam iaitu Endeavor-MGC dikeluarkan pada hari Selasa.

Dengan 1,068 responden, 791 daripadanya adalah Melayu, kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dikehendaki oleh 46% responden semua kaum dan 32% responden Melayu, menurut Endeavor-MGC.